

Laman Web Rasmi
KAMPUNG KUALA SLIM
MAI KUASA ENTERPRISE (KY GROUP)
MAI KUASA ENTERPRISE ( IP0317937 - T ) merupakan syarikat jati anak melayu yang ditubuhkan pada 1 januari 2010 oleh DATO KASSIM BIN YAACOB. Syarikat ini ditubuhkan bertujuan membantu pekebun - pekebun kecil di daerah sekitar kawasan Slim River dan sekitar Batang Padang untuk memperoleh pendapatan yang stabil dan menghapuskan peranan orang tengah.
​
Bidang kuasa dan perkhimatan utama yang dijalankan oleh Mai Kuasa Enterprise adalah untuk penjualan dan pembelian buah kelapa sawit. Selain daripada bidang pertanian Mai Kuasa Enterprise juga telah menawarkan perkhimatan menjual dan mengedar input pertanian, pekerja ladang, tandan kosong, menyelenggarakan ladang, mengoperasikan kilang baja, mempunyai bengkel kenderaan, pengangkutan, pengedar syarikat Greenfield Agro dan Hyrax Oil Sdn Bhd.

USAHAWAN MUDA TERBAIK RISDA SELANGOR
