

Laman Web Rasmi
KAMPUNG KUALA SLIM
KEBUN LIMAU NAZRIN
-
Perusahaan Kebun Limau ini pada mulanya diusahakan oleh bapa beliau pada tahun 2005 yang berkeluasan 1 ekar. Pada tahun 2011, perusahaan ini diteruskan oleh beliau sehingga sekarang yang berkeluasan seluas 2.5 ekar dan mempunyai jumlah pokok sebanyak 300 pokok. Terdapat 16 jenis limau seperti limau pagar, limau kuku harimau, limau telur buaya, limau mata kerbau dan pelbagai jenis limau yang diusahakan. Limau pagar mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran berbanding limau yang lain kerana khasiat serta pengunaannya dalam perubatan tradisional dan kecantikan.

PRODUK LIMAU

JENIS LIMAU & HARGA
-
Limau pagar (RM 7.00 sekilo)
-
Limau nipis (RM 4.00 sekilo)
-
Limau kuku harimau (RM 70.00 sebiji mengikut saiz)
-
Limau telur buaya (RM 4.00 sekilo)
-
Limau mata kerbau (RM 4.00 sekilo)
-
Limau susu (RM 4.00 sekilo)
-
Limau purut (RM 0.80 sebiji)
-
Limau kendansa (RM 3.00 sebiji mengikut saiz)
-
Limau kunci (Harga tertakluk pada permintaan)
-
Limau jarum (Harga tertakluk pada permintaan)
-
Limau sundat (Harga tertakluk pada permintaan)
-
Limau kambing (Harga tertakluk pada permintaan)
-
Limau hantu (Harga tertakluk pada permintaan)
-
Limau ausralia (Harga tertakluk pada permintaan)
-
Limau bali (RM 3.00 sebiji mengikut saiz)
-
Limau kasturi (RM 4.00 sekilo)
Untuk Keterangan Lanjut & Pertanyaan. Hubungi:
​
KEBUN LIMAU NAZRIN KAMPUNG TENGAH
KAMPUNG KUALA SLIM, 35800 SLIM RIVER,
PERAK.
012 – 933 9235 (NAZRIN)
